
Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata.
Bulan November lepas, JDT turut mengumumkan 10 bilik ruang korporat di Stadium tersebut yang berharga RM500,000 semusim sudah habis ditempah dan dijual.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran